Apakah Maksud RSS?

RSS bermakna Really Simple Syndication.RSS adalah perantara bagi menyebarkan kandungan terkini daripada laman web anda kepada pelawat yang subscibe pada RSS blog anda.WordPress merupakan salah satu injin blog yang menyokong suapan RSS.RSS dianggap sebagai satu cara pengiklanan.

Pada kebiasaannya blog yang menyokong RSS mengandungi pautan(link),tajuk dan petikan dari sepuluh ke lima belas pos(post) terbaru. Jadi jika kita menghantar(post) kepada blog atau jika seseorang menghantar komen,RSS akan mengemaskininya secara automatik.Pelawat anda akan diberitahu tentang pengemaskinian itu.

Mereka boleh memeriksa suapan RSS dan mendapatkan kandungan terkini blog. Hari ini RSS adalah alatan yang sangat popular.Cuma masalahnya ialah ada tiga jenis RSS yang tidak menyokong satu sama lain.Contohnya RSS 1.0,RSS 2.0 dan RSS 0.91.Atom sebenarnya sistem syndication yang lebih sesuai kerana ia boleh menerima RSS dan membangunkannya dalam bentuk struktur.

2 Responses to “Apakah Maksud RSS?”

  1. bos tukeran link yuk!salam kenal…

  2. terima kasih kerana melawati blog saya…harap kunjung lagi…blog anda telah saya link…

Leave a Reply